Loading... Please wait!

IMG_3654-1200x800.jpg

3R’s Campaign

November 1, 2019 0Events

Kempen Kesedaran 3R (Reuse, Reduce,Recycle) pada julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Quality Assurance Safety & Security (QASS) telah diadakan di Ground Support Equipmemt (GSE) dimana sebelum ini kempen-kempen keselamatan seumpamanya diadakan di kawasan Terminal atau di Domestik stesen seperti Pulau Pinang (PEN), Kota Kinabalu (BKI), Kuching (KCH) & Sandakan (SDK).  Berbeza dengan tema kempen-kempen keselamatan sebelum ini, “Kempen Cakna Alam Sekitar” adalah tema kempen yang telah diadakan pada 3 October 2019. Kempen Kesedaran 3R ini telah dirasmikan oleh En Nadziruddin Mohd Basri, Ketua Pengarah Executive AeroDarat Services (ADS)

Objektif utama kempen kesedaran 3R ini diadakan adalah untuk memupuk minda warga kakitangan ADS dengan memberi kesedaran tentang pentingnya kitar semula, mengawal dan mengurangkan pencemaran, menanam rasa tanggungjawab serta memupuk semangat cintakan alam semulajadi. Oleh yang demikian, kempen 3R harus dipupuk bermula dari rumah serta di zaman persekolahan lagi untuk memelihara alam semula jadi demi generasi yang akan datang.

Antara agenda yang telah berlangsung adalah ceramah bertajuk 3R yang disampaikan oleh En Mohd Farid Wajidi bin Mustafa dijemput khas dari Jabatan Kitar Semula dan juga ceramah bertajuk Ergonomics yang disampaikan oleh Pn Nurul Husna binti Baharin dari TTMC. Sepanjang kempen kesedaran ini berlangsung terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya kuiz mengenai 3R melalui kahoot applikasi ,

Para peserta dan penganjur sangat berpuas hati serta  berasa gembira kerana selain daripada mendapat ilmu dan kesedaran mengenai 3R, mereka juga dapat menyertai secara langsung aktiviti kitar semula, sebagai contoh mereka telah membawa bahan kitar semula seperti kertas-kertas terpakai, surat khabar lama, tin-tin minuman yang diperbuat daripada aluminum, botol-botol kosong dan sebagainya , untuk dikitar semula. Program kitar semula ini menawarkan penukaran bahan kitar semula kepada wang tunai tertakluk kepada perbezaan kategori masing-masing

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman sesawang kitar semula www.alamflora.com.my dan Facebook www.facebook.com/DESHSdnBhd untuk info yang lebih terperinci.

Secara keseluruhan, melalui program ini diharapkan dapat mendidik dan menerapkan kesedaran kepada kakitangan serta mengaplikasikan kaedah ini dalam kehidupan seharian agar dapat memelihara kesejahteraan alam sekitar

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *